Palestin: Minyak zaitun kembali diproses dari sebuah pusat pemprosesan kecil di Al-Zawayda, Gaza, selepas premis asalnya musnah akibat perang.

Pemilik pusat berkenaan, Nasr Awda berkata, beliau memindahkan operasi ke Al-Zawayda sebelum membuka semula kemudahan pemprosesan berskala kecil.

Katanya, premis lama mempunyai tujuh barisan pengeluaran dan mampu memproses sehingga 15 tan zaitun, musnah dalam serangan ketika perang.

"Premis kami musnah sepenuhnya dan terbakar ketika serangan.

"Kami berpindah ke kawasan Al-Zawayda yang masih mempunyai beberapa pokok zaitun dan bina kemudahan," katanya.