MELAKA: PAS Melaka nafi senarai nama calon bagi empat kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) yang tular di media sosial yang akan bertanding pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka.

PAS Melaka dalam kenyataan berkata, senarai berkenaan bukan maklumat rasmi parti dan penyebarannya boleh mengelirukan orang ramai.

Sementara itu, bekas calon DUN Bukit Katil, Mohammad Al Hafiz Yahya ketika dihubungi berkata, beliau tidak tahu senarai yang tular itu dan belum menerima sebarang pengesahan berhubung pencalonannya.

Keputusan berkaitan calon juga perlu menunggu ketetapan PAS Pusat dan beliau tidak mahu mendahului sebarang pengumuman rasmi parti.

"Setakat ini belum ada pengesahan dan saya sendiri tidak tahu dari mana sumber berkenaan diperoleh," katanya.