LONDON: Thomas Tuchel memuji kebangkitan England selepas kekecewaan tersingkir dari Piala Dunia, apabila skuad kendaliannya meledak 14 gol dalam empat perlawanan pembukaan Liga Negara-Negara.
Selepas tewas 2-3 kepada juara dunia, Sepanyol, The Three Lions bangkit dengan dua kemenangan selesa ke atas Republik Czech, selain membelasah Croatia 7-0 di antara kedua-dua perlawanan itu, sekali gus semakin menghampiri tiket ke suku akhir.
Tuchel memulakan tempoh rehat antarabangsa yang panjang itu dengan masih dihujani persoalan mengenai kemampuannya ketika England tewas kepada Argentina pada separuh akhir Piala Dunia.
Pengendali dari Jerman itu mengambil kesempatan untuk menjawab kritikan terhadapnya dan percaya pasukannya sudah melakukan langkah penting ke arah sasaran memenangi Kejohanan Eropah di laman sendiri pada 2028.








