TUMPAT: Polis membuka kertas siasatan video tular yang memaparkan seorang lelaki menendang penunggang motosikal di Pantai Sri Tujuh.
Ketua Polis Daerah Tumpat, Asisten Komisioner Mohd Khairi Shafie, berkata pihaknya menerima laporan polis berhubung kejadian itu semalam.
"Menerusi video yang disiarkan di Facebook 'Info Tumpat Loni', memaparkan seorang lelaki menendang penunggang motosikal.
"Siasatan sedang dijalankan bagi mengesan individu yang terbabit dalam rakaman berkenaan.
"Kes disiasat mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998," katanya dalam kenyataan hari ini.








