am@hmetro.com.my
Jasin: Penyandang kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Rim, Datuk Khaidhirah Abu Zahar tidak mahu meletakkan sebarang syarat berhubung kerusi yang bakal ditandingi pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka ke-16, sebaliknya menyerahkan keputusan kepada pucuk pimpinan parti.
Beliau yang mesra disapa Dira berkata, meskipun sudah menyatakan hasrat menawarkan diri bertanding di tempat yang sama bagi Barisan Nasional (BN), namun beliau terbuka jika kepimpinan parti mempunyai perancangan berbeza.
"Saya sudah menyatakan hasrat saya untuk menawarkan diri bertanding di tempat yang sama, tapi kalau tempat lain, kita tunggulah bagaimana keadaan semasa.
"Saya tidak mahu bagi syarat kerana kita sebagai pemimpin juga kena belajar menjadi pengikut yang baik," katanya ketika ditemui di pejabatnya baru-baru ini.









