Bekas Adun Pengkalan Batu Norhizam Hassan Baktee berkata, rakyat Melaka mahukan wakil yang dekat dengan mereka, sentiasa turun padang selesai masalah tidak kira waktu.

PETALING JAYA: Norhizam Hassan Baktee, atau lebih dikenali sebagai ‘YB Hulk’ berkata, beliau akur dengan apa jua keputusan pucuk pimpinan Bersatu berhubung PRN Melaka, termasuk jika tidak mencalonkannya bertanding di kerusi Pengkalan Batu.

Naib ketua Bersatu Hang Tuah Jaya itu berkata, beliau bersedia bertanding di mana-mana kerusi DUN jika diamanahkan menjadi calon.

“Kalau ditakdirkan saya tak ada rezeki di Pengkalan Batu, saya tidak ada masalah kalau ada orang lain lebih baik untuk dicalonkan di sana.

"Kalau saya diamanahkan parti untuk bertanding di tempat lain (juga) saya akur. Saya bersedia untuk dicalonkan di mana sahaja,” katanya kepada FMT.