MELAKA - Bekas Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pengkalan Batu, Datuk Norhizam Hassan Baktee menyatakan kesediaan untuk kembali bertanding pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka.Norhizam yang kini merupakan Naib Ketua Bahagian Bersatu Hang Tuah Jaya berkata, namanya difahamkan sudah disenaraikan sebagai calon untuk bertanding pada PRN Melaka, namun kerusi yang bakal ditandinginya masih belum dapat dipastikan."Ya, saya nak bertanding tetapi kerusi belum tahu lagi. Ada juga parti lain beri tawaran, tetapi belum confirm (sahkan) lagi."Saya tidak kisah bertanding di kerusi mana, yang penting dapat bertanding dan nama ada dalam senarai. Kalau kerja bagus, orang kata dicampak ke laut menjadi pulau, dicampak ke darat menjadi bukit," katanya ketika dihubungi pada Sabtu.Pagi ini tular dakwaan bahawa YB viral yang terkenal dengan sikap lantang dalam Dewan Undangan Negeri (DUN) dan membela nasib rakyat itu akan bertanding pada PRN Melaka yang dibubarkan secara rasmi pada 23 September lalu.Norhizam berkata, perkara itu akan dimaklumkan kepada media sekiranya beliau benar-benar disahkan bertanding.Katanya, keputusan mengenai kerusi yang bakal ditandingi perlu mengambil kira beberapa aspek, termasuk kemungkinan berlaku pertindihan kerusi antara parti."Saya masih mahu berkhidmat di Pengkalan Batu tetapi banyak aspek perlu diteliti, termasuk faktor pertindihan kerusi."Orang Pengkalan Batu perlukan saya. Kalau sudah confirm bertanding, saya akan panggil media untuk maklumkan," katanya.Norhizam sebelum ini pernah menjadi wakil rakyat Pengkalan Batu atas tiket DAP sebelum bertanding sebagai calon Bebas pada PRN Melaka lalu.Pada PRN berkenaan, Norhizam menyertai pertandingan lima penjuru bersama calon Barisan Nasional (BN), Pakatan Harapan (PH), Perikatan Nasional (PN) dan Parti Bumiputera Perkasa Malaysia (PUTRA).Pertandingan itu menyaksikan calon BN, Datuk Kalsom Nordin memenangi kerusi berkenaan dengan majoriti tipis 131 undi selepas memperoleh 4,839 undi.Calon PH daripada DAP, Muhamad Danish Zainudin pula mendapat 4,708 undi, diikuti calon PN, Mohd Azrudin Md Idris dengan 2,681 undi.Norhizam yang bertanding sebagai calon Bebas pula memperoleh 1,218 undi, manakala calon PUTRA, Mohd Aluwi Sari mendapat 82 undi.Norhizam sebelum ini turut dikenali dengan gelaran YB 'tembak babi' susulan kontroversi ketika beliau menjadi Ahli Exco Kerajaan Negeri Melaka.Sekiranya disahkan bertanding, kemunculan semula Norhizam dalam gelanggang PRN Melaka kali ini bakal memberi tumpuan kepada kerusi yang akan ditandinginya, termasuk kemungkinan kembali merebut Pengkalan Batu.
YB 'tembak babi' sedia kembali gelanggang PRN Melaka
Story details
- Published
- By
- NORAFIZA JAAFAR
- Format
- Article
- Original
- sinarharian.com.my ↗
Related reporting
2 stories on this topic from 2 sources, oldest first.
- Sinar Harian YB 'tembak babi' sedia kembali gelanggang PRN Melaka (this story)
- Berita Harian 'YB Beliau' sedia tanding PRN Melaka







