sukan@hmetro.com.my
Kuala Terengganu: Tekong berpengalaman, Zulkifli Abd Razak mahu memainkan peranan penting dalam usaha Terengganu Turtles bangkit daripada kejatuhan ke Divisyen Satu musim lalu dengan kembali ke pentas Liga Premier.
Berbekalkan pengalaman beraksi di pentas tertinggi, pemain yang lebih mesra dipanggil Sobey itu percaya Terengganu Turtles mempunyai peluang untuk mencabar kelompok teratas, sekali gus merebut tiket kembali ke Liga Premier.
Menurutnya, mereka tidak mahu sekadar melengkapkan saingan, sebaliknya memasang sasaran untuk berada dalam kelompok terbaik sejak awal musim.
"Target kita nak naik atas. Biar orang kata kita boleh. Kita tidak ambil mudah kerana peluang untuk naik semula memang ada.









