puterialia@hmetro.com.my
MENCIPTA nama sejak 24 tahun lalu dalam industri seni, penyanyi, Misha Omar, mengakui semangatnya untuk terus bekerja keras dan bertahan dalam industri seni tidak pernah padam.
Misha, 45, berkata kerjaya seninya tidak akan pernah berhenti, melainkan ketika dia mengambil cuti panjang selepas melahirkan anak lelakinya, Muhammad Idris Ezzwa pada 2016.
Bagaimanapun, Misha berpandangan bahawa kehadirannya dalam industri seni disedari masyarakat apabila terdapat karya baharu yang dilancarkan.
"Saya ibaratnya memang tidak boleh berhenti kerjalah. Saya boleh katakan cuti yang paling lama adalah selepas melahirkan Idris, ketika itu saya ambil masa agak lama untuk diri sendiri. Selain itu, saya memang sentiasa bekerja.






