KUALA LUMPUR: Rekod pendapatan pelaburan RM4.64 bilion dicatatkan Tabung Haji (TH) bagi tahun kewangan 2025 disifatkan sebagai perkembangan positif, namun institusi itu diingatkan tidak terus selesa sehingga mengetepikan aspek tatakelola dan amanah pendeposit.

Setiausaha Agung Wadah Pencerdasan Umat Malaysia (WADAH), Azizuddin Ahmad, berkata jumlah itu adalah pendapatan pelaburan tertinggi yang pernah dicatatkan TH dan mencerminkan hasil daripada strategi pelaburan lebih berdisiplin, pengurusan risiko berterusan serta usaha memperkukuh tatakelola institusi.

"Pencapaian berkenaan turut memberi gambaran bahawa usaha reformasi dan penambahbaikan yang dilaksanakan sejak beberapa tahun lalu mula menunjukkan hasil.