London: Tyson Fury berjanji melakukan kemunculan paling luar biasa menjelang pertarungan sensasi menentang Anthony Joshua - dengan menaiki Volkswagen Passat berharga hanya £700 (RM3,818).
Juara tinju itu boleh memilih pelbagai kereta mewah, namun merancang untuk tiba dengan kereta yang disifatkannya sebagai "kereta buruk kesayangan", yang kini menjadi antara kenderaan paling berharga dalam koleksinya.
Fury baru-baru ini mempamerkan Passat berwarna perak itu menerusi Instagram selepas melakukan pengubahsuaian penuh, sedangkan dia membeli kereta berkenaan pada 2020 sebagai kenderaan simpanan.
Kenderaan itu bukan asing bagi peminat yang peka selepas banyak kali muncul dalam siri Netflix keluarga berkenaan, At Home With The Furys.









