PETALING JAYA: Pemimpin Umno menepis dakwaan Setiausaha Agung DAP, Loke Siew Fook berhubung naratif penyatuan parti itu dengan PAS tidak akan bertahan lama, sebaliknya menegaskan ia kekal teras kestabilan politik semasa.
Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) Umno, Nur Jazlan Mohamed, berkata percaturan politik sentiasa berubah mengikut emosi dan trend pengundi.
Beliau menyorot trend politik global di Barat dan Asia kini lebih cenderung kepada politik identiti serta agama yang menyukarkan Pakatan Harapan (PH) dan DAP meraih sokongan bangsa lain.






