KUALA LUMPUR - Amalan tatakelola yang baik perlu terus dipertahankan dan sebarang bentuk pencerobohan tanah tanpa kebenaran tidak boleh dipandang ringan kerana boleh menjejaskan perancangan negara serta kepentingan rakyat, kata Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.Justeru, beliau berkata, aspek penguatkuasaan perlu terus diperkukuh, manakala sebarang isu berkaitan yang dibangkitkan oleh pihak berkepentingan, termasuk badan bukan kerajaan (NGO), perlu ditangani dengan segera agar maklumat tepat dan telus dapat disampaikan secara menyeluruh dan berkesan.Menerusi hantaran di Facebook pada Isnin, Anwar berkata, beliau menekankan perkara itu ketika mempengerusikan Mesyuarat Majlis Tanah Negara (MTN) Ke-83 hari ini."Tatkala kita mendepani kesan perubahan iklim, urus tadbir tanah tidak boleh lagi hanya tertumpu kepada keuntungan ekonomi atau pembangunan fizikal semata-mata."Pengurusan tanah mesti dilaksanakan secara berhemah dan terancang bagi meminimumkan risiko terhadap kelestarian alam sekitar," katanya.Perdana Menteri berkata, Kerajaan MADANI akan terus memastikan setiap inisiatif pengurusan tanah dilaksanakan secara bertanggungjawab demi manfaat rakyat terbanyak. - Bernama
Pencerobohan tanah tidak boleh dipandang ringan - Anwar

Key takeaways
Malaysian Prime Minister Anwar Ibrahim emphasizes the importance of good land management and strict enforcement against land encroachment.
- Anwar Ibrahim says land encroachment without permission can harm national planning and public interests.
- He emphasizes the need for strong enforcement and prompt handling of related issues.
- Land management should prioritize environmental sustainability over economic or physical development.
- Anwar made these comments during the 83rd National Land Council meeting.
Summarised automatically by AI from the original article by Sinar Harian. AI can make mistakes, so check the original for details.
Story details
- Published
- Section
- BERITA
- Language
- Malay (Malaysia)
- Format
- Article
- Original
- sinarharian.com.my ↗
Related reporting
6 stories on this topic from 5 sources, oldest first.
- Malaysiakini (BM) Tidak boleh terima kepelbagaian, Pemuda MCA saran Ridhuan Tee berhijrah
- Sinar Harian Pencerobohan tanah tidak boleh dipandang ringan - Anwar (this story)







