KANGAR - Seorang penceramah motivasi yang ditahan reman dua hari berakhir hari ini dilepaskan dengan jaminan polis kira-kira jam 5.30 petang tadi.Ketua Polis Perlis, Deputi Superintenden Hamzah Hashim dalam kenyataan ringkas kepada Bernama berkata, kertas siasatan telah dirujuk kepada Timbalan Pendakwa Raya untuk arahan lanjut.Semalam, media melaporkan lelaki berusia 33 tahun itu direman dua hari bermula Isnin bagi membantu siasatan kes berkaitan laporan polis terhadapnya di daerah ini yang diterima pada 3 Oktober lepas.Sebelum itu, Ahad lepas media melaporkan polis menerima satu lagi laporan terhadap lelaki itu berkaitan dakwaan gangguan seksual.Hamzah dipetik sebagai berkata laporan polis itu melibatkan seorang pengadu wanita berusia 19 tahun dan kes disiasat di bawah Seksyen 509 Kanun Keseksaan, Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 serta Seksyen 14 Akta Kesalahan-Kesalahan Kecil.Penceramah motivasi itu direman dua hari bermula Sabtu lepas berkaitan laporan polis di Padang Besar sebelum dilepaskan dengan jaminan polis dan ditangkap semula oleh polis daripada Ibu Pejabat Polis Daerah Kangar untuk tindakan selanjutnya.- Bernama