KUALA LUMPUR – Seorang rakyat Malaysia ditahan pihak berkuasa Laos selepas 521 kilogram (kg) dadah jenis methamphetamine dirampas daripada sebuah jet peribadi di Lapangan Terbang Antarabangsa Luang Prabang, Laos.Penahanan rakyat Malaysia itu adalah sebahagian daripada 13 individu yang ditahan pihak berkuasa Laos kerana dipercayai mempunyai kaitan dengan kes berkenaan.Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN), Datuk Hussein Omar Khan berkata, setakat ini pihaknya masih belum menerima maklumat terperinci daripada pihak berkuasa Laos berhubung kes tersebut."Setakat ini, kita belum menerima maklumat atau butiran daripada pihak berkuasa dadah Laos."Maklumat yang kita ada ketika ini ialah seorang daripada 13 individu yang ditahan merupakan warga Malaysia. Bagaimanapun, dia bukan individu yang menaiki penerbangan dari Subang ke Laos," katanya pada Selasa.Sebelum ini, media melaporkan polis Laos merampas 521kg dadah jenis kristal methamphetamine daripada sebuah jet peribadi yang dilaporkan tiba dari Malaysia di Lapangan Terbang Antarabangsa Luang Prabang.Menurut laporan Vientiane Times yang memetik Lao Security Newspaper, operasi keselamatan dijalankan pada 1 Oktober lalu susulan maklumat yang diterima polis wilayah pada 21 September mengenai sindiket pengedaran dadah yang dipercayai merancang menyeludup narkotik merentasi sempadan melalui udara menggunakan pesawat peribadi.Laporan itu menyebut polis kemudian menerima maklumat mengenai perubahan jadual penerbangan sebelum pesawat peribadi berkenaan dijadualkan tiba dari Malaysia di Lapangan Terbang Antarabangsa Luang Prabang pada jam 1.30 tengah hari, 1 Oktober lalu.Dalam operasi tersebut, polis menahan 13 individu termasuk juruterbang, pembantu juruterbang, beberapa pelancong asing, tiga pekerja syarikat dan tujuh kakitangan Lapangan Terbang Antarabangsa Luang Prabang.Menurut laporan itu, siasatan mendapati jet peribadi berkenaan melakukan penerbangan dari Subang ke Laos, namun pesawat tersebut diterbangkan oleh juruterbang dan pembantu juruterbang yang bukan warganegara Malaysia.Hussein berkata, pihaknya turut menyiasat sama ada kes berkenaan mempunyai kaitan dengan penahanan seorang juruterbang di Indonesia sebelum ini."Dalam siasatan, terlalu awal untuk kita membuat sebarang kesimpulan sama ada terdapat kaitan atau sebaliknya," katanya.
Rakyat Malaysia ditahan di Laos, 521kg methamphetamine dirampas

Key takeaways
Seorang warga Malaysia ditahan di Laos bersama 521kg methamphetamine yang dirampas dari sebuah jet pribadi.
- Pihak berkuasa Laos menahan 13 individu terkait penyelundupan narkoba.
- 521kg methamphetamine dirampas dari jet pribadi yang tiba dari Malaysia.
- Warga Malaysia yang ditahan bukan penumpang penerbangan dari Subang ke Laos.
Summarised automatically by AI from the original article by Sinar Harian. AI can make mistakes, so check the original for details.
Story details
- Published
- By
- MUHAMMAD AMINNURALIFF MOHD ZOKI
- Section
- BERITA
- Language
- Malay (Malaysia)
- Format
- Article
- Original
- sinarharian.com.my ↗
Related reporting
6 stories on this topic from 6 sources, oldest first.
- Sinar Harian Rakyat Malaysia ditahan di Laos, 521kg methamphetamine dirampas (this story)
- Free Malaysia Today Rampasan 521kg dadah di Laos, satu rakyat Malaysia antara 13 ditahan





