PUTRAJAYA - Kementerian Sumber Manusia (KESUMA) sentiasa memberi perhatian serius terhadap perkembangan dan perbincangan awam berhubung Perjanjian Kolektif Ke-20 serta Bantuan Perayaan antara Persatuan Bank-Bank Komersial Malaya (MCBA) dan Kesatuan Kebangsaan Pekerja Bank (NUBE), khususnya berkaitan kebajikan pekerja dan keharmonian perusahaan.KESUMA dalam kenyataan hari ini memaklumkan bahawa kementerian itu kekal menghormati prinsip kedaulatan undang-undang dan menyeru semua pihak memberi ruang kepada proses kehakiman, selain mengelakkan spekulasi atau ulasan yang boleh menimbulkan kekeliruan berhubung kes berkenaan.Pertikaian itu telah dibawa ke Mahkamah Rayuan dan dijadualkan untuk didengar pada 22 Mac 2027."KESUMA juga kekal komited terhadap pendekatan tripartit yang melibatkan kerajaan, majikan dan kesatuan sekerja sebagai asas dalam memelihara keharmonian perusahaan."Justeru, KESUMA melalui Jabatan Perhubungan Perusahaan Malaysia (JPPM) akan terus memainkan peranan sebagai pemudah cara bagi memastikan ruang rundingan kekal terbuka, konstruktif dan berteraskan sikap saling menghormati," menurut kenyataan itu.Menurut KESUMA, sebagai kementerian yang bertanggungjawab terhadap hal ehwal perburuhan dan perhubungan perusahaan, kepentingan pekerja serta majikan akan terus diberi perhatian secara seimbang."KESUMA sentiasa bersedia memudah cara bagi membantu kedua-dua pihak mencari penyelesaian yang munasabah. Matlamat kementerian kekal konsisten untuk membantu mewujudkan penyelesaian yang menjaga kebajikan pekerja, menghormati kepentingan majikan dan memelihara keharmonian perusahaan," menurut kenyataan itu.KESUMA turut menegaskan bahawa kementerian akan terus melaksanakan tanggungjawab secara profesional, adil dan berimbang bagi memastikan hubungan antara pekerja, kesatuan sekerja dan majikan kekal kukuh.Pertikaian antara MCBA dan NUBE itu membabitkan pembayaran Bantuan Perayaan serta Perjanjian Kolektif Ke-20.- Bernama
Kesuma terus mudah cara rundingan MCBA-NUBE

Key points
- KESUMA dalam kenyataan hari ini memaklumkan bahawa kementerian itu kekal menghormati prinsip kedaulatan undang-undang dan menyeru semua pihak memberi ruang kepada proses kehakiman, selain mengelakkan spekulasi atau ulasan yang boleh menimbulkan kekeliruan berhubung kes berkenaan.
- Menurut KESUMA, sebagai kementerian yang bertanggungjawab terhadap hal ehwal perburuhan dan perhubungan perusahaan, kepentingan pekerja serta majikan akan terus diberi perhatian secara seimbang.
- Matlamat kementerian kekal konsisten untuk membantu mewujudkan penyelesaian yang menjaga kebajikan pekerja, menghormati kepentingan majikan dan memelihara keharmonian perusahaan,” menurut kenyataan itu.
Sentences selected automatically from the original article by Sinar Harian.
Story details
- Published
- Section
- BERITA
- Language
- Malay (Malaysia)
- Format
- Article
- Original
- sinarharian.com.my ↗
Related reporting
3 stories on this topic from 3 sources, oldest first.
- Free Malaysia Today Pertimbangan politik berbeza pengaruhi cara Umno kendali rundingan PAS
- Sinar Harian Kesuma terus mudah cara rundingan MCBA-NUBE (this story)







/file/publisher-c1a3f893382d2b2f8a9aa22a654d9c97/2024/04/99fa1c1018b62ecbe6d1dfeb2b2f2638.jpg)