PETALING JAYA: Nada berbeza antara Presiden Umno Zahid Hamidi dan timbalannya Mohamad Hasan mengenai hubungan yang kembali terjalin dengan PAS, mencerminkan pertimbangan politik berbeza oleh kedua-dua pemimpin itu, kata seorang penganalisis.

Syaza Shukri dari Universiti Islam Antarabangsa Malaysia berkata, walaupun Zahid dan Mohamad sama-sama melihat apa yang dianggap terbaik untuk Umno, kedudukan mereka dalam parti membentuk cara masing-masing mendekati kemungkinan kerjasama dengan PAS.





