Pengerusi Mahkamah Perusahaan Pulau Pinang Rusita Md Lazim berkata, majikan pada dasarnya boleh pcat pekerja tanpa notis, namun tindakan itu sewajarnya ikut prosedur tatatertib yang adil. (Gambar Facebook)

PETALING JAYA: Tindakan menyembunyikan sabitan jenayah ketika menerima tawaran pekerjaan merupakan perkara serius kerana ia menjejaskan kepercayaan dan keyakinan yang menjadi asas penting dalam hubungan pekerjaan, menurut Mahkamah Perusahaan.

Pengerusi Mahkamah Perusahaan Pulau Pinang Rusita Md Lazim berkata, majikan pada dasarnya boleh memecat pekerja tanpa notis, namun tindakan itu sewajarnya mengikut prosedur tatatertib yang adil.

Beliau berkata, sabitan jenayah tidak memberi hak mutlak kepada majikan untuk memecat seseorang pekerja secara automatik, namun apabila pekerja sengaja membuat kenyataan palsu atau merahsiakan sabitan jenayah yang material semasa proses pengambilan kerja, ketidakjujuran itu boleh disifatkan sebagai salah laku berat dan menjadi alasan adil serta bersebab untuk pemecatan.