am@hmetro.com.my

Tawau: Bekas pegawai pemasaran dijatuhi hukuman penjara lima tahun dan maksimum 24 sebatan oleh Mahkamah Majistret di sini, hari ini selepas didapati bersalah atas 26 pertuduhan menipu syarikat tempatnya bekerja membabitkan kerugian lebih RM6.2 juta, tiga tahun lalu.

Majistret Don Stiwin Malanjum menjatuhkan hukuman itu terhadap Mok Chuang Leon, 38, selepas pihak pendakwaan berjaya membuktikan kes terhadapnya melampaui keraguan munasabah di akhir kes pembelaan.

Bagi setiap 26 pertuduhan, tertuduh dikenakan hukuman penjara lima tahun dan satu sebatan, dengan semua hukuman penjara diperintahkan berjalan serentak.

Bagaimanapun, mahkamah menetapkan maksimum 24 sebatan sahaja boleh dilaksanakan selaras dengan Seksyen 288(5) Kanun Tatacara Jenayah (KTJ).