KUALA LUMPUR: Selepas melalui perjalanan panjang hampir lima tahun, filem epik aksi Orang Perang akhirnya bakal menemui penonton di pawagam di seluruh negara bermula semalam.
Pengarahnya, Hashim Rejab, berkata tempoh berkenaan bukan sekadar membabitkan proses pembikinan, sebaliknya projek itu terlebih dahulu tergendala sebelum diberi nafas baharu untuk diteruskan.
Menurut Hashim, peluang kedua itu mendorongnya melakukan perubahan besar terhadap naskhah berkenaan mengikut pendekatan tersendiri.
"Filem ini sebenarnya sudah lima tahun. Dua tahun pertama 'dipegang' orang lain, kemudian dua tahun saya 'pegang' dan satu tahun untuk proses pembikinan.
"Pada awalnya, tajuk yang diletakkan ialah Bah Tangga. Selepas projek ini tergendala, pada tahun kedua saya dijemput untuk buat semula filem ini," katanya ketika ditemui pada majlis Malam Gala filem berkenaan di TGV Suria KLCC. di sini, baru-baru ini,






