syafil.syazwan@hmetro.com.my

Pengalaman beraksi dalam naskhah bertemakan ketenteraan dan sejarah pastinya memberikan cabaran tersendiri buat dua pelakon, Syazwan Zulkifly dan Dewa Arteh.

Menerusi filem terbaharu arahan Hashim Rejab berjudul Orang Perang, kedua-dua figura ini tampil menzahirkan sisi berbeza yang jarang disaksikan oleh peminat.

Filem yang mengambil latar belakang zaman darurat sekitar 1950-an hingga 1960-an ini mengangkat kisah perjuangan berani unit khas Senoi Praaq.

Pasukan yang dianggotai oleh masyarakat Orang Asli ini memainkan peranan penting dalam membantu Pasukan Polis Hutan (PPH) dalam menjejaki serta menumpaskan ancaman komunis.