JAKARTA: Empat perlawanan tanpa bolos gol menjadi antara pencapaian terbaik Harimau Malaya dalam kempen Piala ASEAN FIFA 2026, namun kekuatan sebenar skuad negara dikatakan hadir daripada hubungan erat dan sikap saling membantu antara pemain.
Pengendali sementara Harimau Malaya, Tan Cheng Hoe berkata, pemain perlu berbangga dengan pencapaian itu tetapi tidak boleh terlalu selesa kerana pasukan perlu terus bekerja keras dan bersedia menghadapi cabaran lebih besar pada masa depan.
"Ya, pasukan kita mencipta satu rekod yang terbaiklah. Empat perlawanan tanpa bolos gol, tidak dibolosi satu mata pun, rekod yang terbaik.
"Kita kena bangga dengan apa pencapaian kita, tetapi kita perlu bekerja keras kerana pasukan di hadapan kita, kita tidak tahu, dan kita perlu bersedia daripada sekarang," kata Cheng Hoe.








