Penganalisis saran DAP beri lebih tumpuan kepada penyampaian perkhidmatan kepada masyarakat Melayu selain mengiktiraf kedudukan mereka sebagai majoriti.

PETALING JAYA: DAP berdepan dilema untuk mengekalkan sokongan teras masyarakat Cina sambil cuba menembusi kelompok pengundi Melayu menjelang PRU16, kata penganalisis.

James Chin daripada Universiti Tasmania berkata, pengundi tradisional Cina masih menyokong DAP dan memahami keperluan parti itu berkompromi sebagai sebahagian kerajaan gabungan.

Namun, katanya, kekecewaan penyokong lebih berkait dengan agenda reformasi politik yang dilihat terhenti bawah pentadbiran Perdana Menteri Anwar Ibrahim.

Katanya, pada masa sama usaha DAP menarik pengundi Melayu berdepan cabaran besar berikutan persepsi parti itu anti-Melayu dan anti-Islam yang terbentuk selama lima dekad.