zahratulhayat@nst.com.my

Ipoh: Seorang ibu mendakwa dua anaknya menjadi mangsa buli rakan dan kekerasan guru di sebuah sekolah menengah agama di Chemor di sini, dalam dua kejadian pada Julai dan Ogos lalu.

Menurut wanita berusia 43 tahun itu, dia membuat dua laporan polis berkenaan kejadian itu dan berharap tindakan tegas terhadap mereka yang terbabit.

"Anak lelaki saya berumur 18 tahun yang berada di sebuah bilik di sekolah berkenaan ditampar sebanyak enam kali di bahagian pipi oleh seorang guru.

"Seterusnya, guru itu menarik kolar bajunya dan menggenggam penumbuk dengan ugutan menumbuknya," katanya dalam sidang akhbar di Tanjung Rambutan, semalam.