am@hmetro.com.my

Kulim: Polis sedang mengambil keterangan beberapa individu untuk membantu siasatan berkaitan kejadian seorang pelajar lelaki berusia 13 tahun yang parah selepas dipercayai terjatuh daripada tingkat tiga bangunan sekolah menengah di daerah ini, Ahad lalu.

Ketua Polis Daerah Kulim Superintendan Syamsul Sinring berkata, remaja terbabit masih dirawat di Hospital Kulim.

"Kita sedang ambil keterangan beberapa individu dan dalam kes ini, tiada tangkapan dilakukan," katanya dihubungi, hari ini.

Terdahulu, media melaporkan, seorang pelajar lelaki berusia 13 tahun parah selepas dipercayai terjatuh daripada tingkat tiga bangunan sekolah menengah di daerah ini, Ahad lalu.