KUALA LUMPUR: Isu lambakan warga Myanmar di Malaysia serta keselamatan pelajar di sekolah dijangka menjadi antara tumpuan Sidang Dewan Rakyat hari ini.
Berdasarkan Aturan Urusan Mesyuarat yang disiarkan menerusi portal rasmi Parlimen, pada sesi Waktu Pertanyaan-Pertanyaan Menteri, Suhaizan Kaiat (PH-Pulai) meminta Perdana Menteri menyatakan langkah kerajaan seterusnya dalam menangani isu keberadaan warga Myanmar termasuk pelarian dan pemohon suaka yang berlarutan sejak sekian lama.
Beliau turut membangkitkan kebimbangan masyarakat terhadap isu berkenaan yang didakwa semakin berlarutan.
Sementara itu, Datuk Seri Saifuddin Abdullah (PN-Indera Mahkota) meminta Perdana Menteri menjelaskan mengapa kes yang mengancam keselamatan pelajar masih berlaku di sekolah meskipun kerajaan sudah menetapkan pelbagai garis panduan dan prosedur keselamatan.









