BELUM pun bermula pementasan Puteri Gunung Ledang The Musical, peminat sudah lebih awal membanding-bandingkan penyanyi, Aisha Retno dan pelakon Mila Mohsin yang membawakan watak Gusti Puteri dalam teater tersebut.
Perbandingan ini bermula ketika keduanya hadir ke sebuah rancangan hiburan terbitan Astro baru-baru ini. Warganet mula membuat telahan saat menyaksikan persembahan sedutan ketika keduanya mempromosikan pementasan itu, baru-baru ini.
Sebilangan besar netizen beranggapan Aisha lebih kedepan dari segi nyanyian, lebih lembut gemalai ketika mempersembahkan tarian Keraton jawa berbanding Mila.
Ada juga netizen yang mengandaikan pemilihan Mila atas dasar nepotisme atau ‘kabel’ ibunya, Tiara Jacquelina yang merupakan pelakon asal Puteri Gunung Ledang yang merangkap penerbit eksekutif dan pengarah pementasan ini.








