Kuala Lumpur: Isu keberadaan warga Myanmar di Malaysia serta kes-kes yang mengancam keselamatan pelajar di sekolah antara tumpuan persidangan Dewan Rakyat hari ini.
Menurut Aturan Urusan Mesyuarat yang disiarkan portal Parlimen, pada sesi Waktu Pertanyaan-Pertanyaan Menteri, Suhaizan Kaiat (PH-Pulai) meminta Perdana Menteri menyatakan langkah kerajaan seterusnya dalam menangani isu keberadaan warga Myanmar termasuk pelarian dan pemohon suaka yang sudah berlarutan sejak sekian lama dan semakin menimbulkan kebimbangan dalam kalangan masyarakat.
Datuk Seri Saifuddin Abdullah (PN-Indera Mahkota) pula meminta Perdana Menteri menjelaskan mengapa kes-kes yang mengancam keselamatan pelajar masih berlaku di sekolah walaupun pelbagai garis panduan dan prosedur keselamatan telah ditetapkan kerajaan.








