asrizal.aris@hmetro.com.my

Petaling Jaya: Menyedari peranan pengamal media sebagai perantara dalam menyampaikan maklumat kepada masyarakat, Pelaburan Hartanah Berhad (PHB) menyantuni komuniti itu bersama rakan strategik dalam Perlawanan Persahabatan Boling PHB yang berlangsung di One Utama, di sini, semalam.

Kejohanan disertai 20 pasukan, terdiri daripada organisasi media dan rakan korporat.

Ketua Pegawai Pelaburan PHB, Norani Mustapha berkata, sesi boling PHB bersama rakan media dan strategik bertujuan membina keakraban dan mengeratkan silaturahim antara PHB dan pihak berkepentingan bagi menyokong antara satu sama lain.

Katanya perlawanan persahabatan itu juga sebagai platform untuk beriadah dan berhubung di luar kerja, bertukar idea dan mengukuhkan persahabatan dalam suasana yang menyeronokkan.