IPOH: Seorang ibu menggesa tindakan segera diambil selepas mendakwa dua anak lelakinya menjadi mangsa buli di sekolah agama menengah di Chemor, dengan seorang daripadanya didakwa ditampar guru sebanyak enam kali.

Noor Azwani Ahamad, 43, berkata anak sulungnya yang juga pelajar Tingkatan Enam ditampar guru terbabit sebanyak enam kali pada 21 Julai selepas didapati membawa telefon bimbit ketika menduduki peperiksaan.

Beliau berkata, kejadian itu menyebabkan anaknya mengalami kecederaan pada rahang, selain tidak dapat menyiapkan kertas peperiksaan berkenaan akibat kesakitan dan terkejut.

"Anak saya memberitahu dia ditampar enam kali. Selepas itu, dia tidak dapat menjawab kertas peperiksaan kerana keliru dan kesakitan.