Bangkok: Banjir di seluruh Thailand meragut 31 nyawa dan menjejaskan kira-kira 4.14 juta orang sejak 16 September lalu, menurut pihak berkuasa pada Isnin, lapor Xinhua.
Menurut Jabatan Pencegahan dan Pengurangan Bencana, hampir 3.52 juta penduduk di 26 wilayah dan ibu negara masih terjejas akibat banjir.
Perdana Menteri Thailand Anutin Charnvirakul pada Isnin mengarahkan agensi berkaitan mempercepatkan usaha mengalirkan keluar air, bantuan serta pemulihan pasca banjir ketika negara Asia Tenggara itu bersiap sedia menghadapi satu lagi gelombang hujan dan air pasang besar.
Mempengerusikan mesyuarat Ibu Pejabat Markas Bencana Kebangsaan, Anutin berkata keadaan keseluruhan semakin baik, dengan paras air di kawasan hulu mula stabil dan menurun.








