GENEVA: Pakar Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) semalam memberi amaran bahawa sistem pos pemeriksaan rejim Zionis, pagar jalan raya dan sekatan pergerakan lain di Tebing Barat diduduki Israel yang semakin meluas telah memecahbelahkan Wilayah Palestin.
Pelapor Khas mengenai situasi hak asasi manusia di Wilayah Palestin yang diduduki sejak 1967, Francesca Albanese, berkata malah ia turut memburukkan lagi sistem kawalan yang mengorbankan masa, mata pencarian, pendidikan dan nyawa rakyat Palestin.
"Sikap tidak peduli itu sendiri menjadi satu bentuk seksaan apabila setiap perjalanan, setiap janji temu dan setiap kunjungan keluarga bergantung pada sama ada pintu pagar terbuka atau tentera membenarkan laluan.










