JOHOR BAHRU - Sebanyak 10 kereta musnah terbakar dalam kejadian di parkir tingkat bawah tanah dua (Basement 2), pusat beli belah Johor Bahru City Square (JBCC) di sini petang Selasa.Komander Operasi Kanan Timbalan Penguasa Bomba I, Suhaimi Jamal berkata, dalam kejadian kira-kira jam 3.40 petang itu, lapan kenderaan terbakar antara 80 hingga 90 peratus manakala dua lagi mengalami kemusnahan antara 20 hingga 30 peratus.Menurut beliau, Pasukan Keluaran Operasi (PKO) bersama jentera Fire Rescue Tender (FRT) dan kenderaan Unit Bantuan Perkhidmatan Kecemasan (EMRS) tiba di lokasi kejadian enam minit kemudian."Setibanya PKO di lokasi, didapati benar berlaku kebakaran membabitkan bangunan pusat beli-belah di tingkat bawah tanah dua."Pemeriksaan mendapati kira-kira 10 kenderaan berada di kawasan terbabit telah terbakar," katanya menerusi kenyataan pada Selasa.Sebelum ini, seorang wanita warga Singapura antara tiga mangsa dilaporkan sesak nafas selepas sebuah kereta terbakar di kawasan parkir aras bawah tanah pusat beli belah.Kejadian itu turut mengakibatkan seorang wanita tempatan dikejarkan ke hospital untuk tindakan lanjut.Suhaimi memberitahu, operasi pemadaman dilakukan menggunakan dua aliran sepanjang 300 kaki daripada sistem pencegah kebakaran yang terdapat di bangunan berkenaan serta pam jentera bomba."Tiga mangsa wanita masing-masing berusia 35, 48 dan 57 tahun mengalami sesak nafas, dengan mangsa berusia 57 tahun merupakan warganegara Singapura," ujarnya.Beliau menambah, operasi melibatkan 40 anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Larkin, BBP Tebrau, BBP Kempas dan Pasukan Bomba Sukarela Mount Austin.
10 kereta musnah terbakar di parkir pusat beli-belah

Key takeaways
10 kereta musnah terbakar di parkir bawah tanah pusat beli-belah Johor Bahru. Tiga wanita mengalami sesak nafas.
- 10 kereta terbakar di parkir basement 2 JBCC, 80-90% kemusnahan.
- Tiga wanita, termasuk warga Singapura, mengalami sesak nafas.
- Operasi pemadaman menggunakan sistem pencegah kebakaran dan jentera bomba.
Summarised automatically by AI from the original article by Sinar Harian. AI can make mistakes, so check the original for details.
Story details
- Published
- By
- TAUFIK SALIMIN
- Section
- BERITA
- Language
- Malay (Malaysia)
- Format
- Article
- Original
- sinarharian.com.my ↗
Related reporting
6 stories on this topic from 4 sources, oldest first.
- Utusan Malaysia Warga emas didakwa rogol gadis dalam tandas pusat beli-belah
- Sinar Harian 10 kereta musnah terbakar di parkir pusat beli-belah (this story)







