KUALA NERUS - Seorang pelajar lelaki Tingkatan Empat maut manakala adik perempuannya cedera dalam kemalangan melibatkan tiga motosikal di Jalan Sungai Buaya, Kampung Batin, Seberang Takir di sini petang Selasa.Ketua Polis Daerah Kuala Terengganu, Asisten Komisioner Azli Mohd Noor berkata, Ahmad Areesy Zafreen Ahmad Azhar maut di lokasi kejadian akibat kecederaan parah di beberapa bahagian badan.Beliau berkata, kejadian pada jam 5.10 petang itu dipercayai berlaku apabila mangsa, yang menunggang motosikal Modenas Kriss dari arah Kampung Batin menghala ke Seberang Takir, memotong sebuah kenderaan sebelum bergesel dengan motosikal jenis Honda EX5 dari arah bertentangan."Motosikal EX5 yang ditunggang remaja lelaki berusia 18 tahun itu kemudian dilanggar dari belakang oleh sebuah lagi motosikal yang datang dari arah sama."Dua penunggang motosikal itu cedera dan dihantar ke Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ) untuk rawatan manakala adik perempuan mangsa yang membonceng motosikal turut dihantar ke hospital sama," menurutnya dalam kenyataan hari ini.Azli berkata, mayat pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan Bukit Tunggal itu dihantar ke Jabatan Forensik HSNZ untuk tindakan lanjut, dan kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.Polis menasihati ibu bapa agar sentiasa peka dan mengawasi aktiviti serta memantau keselamatan anak-anak yang menunggang motosikal.- Bernama
Pelajar Tingkatan Empat maut nahas babit tiga motosikal

Key takeaways
Seorang pelajar Tingkatan Empat maut dan adiknya cedera dalam kemalangan melibatkan tiga motosikal di Seberang Takir.
- Kemalangan berlaku pada jam 5.10 petang di Jalan Sungai Buaya.
- Mangsa maut akibat kecederaan parah selepas motosikalnya bergesel dengan kenderaan lain.
- Kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.
Summarised automatically by AI from the original article by Sinar Harian. AI can make mistakes, so check the original for details.
Story details
- Published
- Section
- BERITA
- Language
- Malay (Malaysia)
- Format
- Article
- Original
- sinarharian.com.my ↗
Related reporting
6 stories on this topic from 5 sources, oldest first.
- Utusan Malaysia Dua pelajar maut, seorang parah nahas motosikal dan kereta
- Free Malaysia Today 2 pelajar maut nahas ke sekolah
- Sinar Harian Pelajar Tingkatan Empat maut nahas babit tiga motosikal (this story)
- Berita Harian Pelajar tingkatan 4 maut nahas motosikal







