am@hmetro.com.my

Miri: Siapa sangka, sekeping lukisan yang dihasilkan dengan penuh kreativiti mampu menjadi sumber pendapatan buat murid sekolah rendah di pedalaman.

Itulah pengalaman dilalui Effesus Lazarus Lubau anak Raymond, 12, murid Sekolah Kebangsaan (SK) Long Laput, apabila hasil karya seninya berjaya dijual malah membolehkannya mengumpul kira-kira RM850.

Bagi Effesus, wang berkenaan bukan sekadar hasil jualan lukisan, sebaliknya satu kepuasan apabila bakat dan usaha yang dicurahkan akhirnya memberikan hasil.

"Saya gembira kerana hasil jualan itu membolehkan saya membeli keperluan sekolah, selain menyimpan sebahagian daripadanya untuk persediaan melanjutkan pelajaran ke sekolah menengah.