Kuala Lumpur: Tiga tahun berlalu sejak dentuman pertama bom MK-84 dan BLU-109 milik tentera Israel mengubah Gaza menjadi hamparan kemusnahan pada 7 Oktober 2023.
Key takeaways
Tiga tahun selepas serangan Israel ke atas Gaza, lebih 74,000 penduduk Palestin terbunuh dan 175,079 cedera.
- Penduduk Gaza terus mengalami kematian dan cedera setiap hari walaupun gencatan senjata dilaksanakan.
- Lebih separuh daripada korban adalah wanita dan kanak-kanak.
- Kemusnahan di Gaza sangat besar dengan ratusan mayat tertimbus di bawah runtuhan bangunan.
Summarised automatically by AI from the original article by Harian Metro. AI can make mistakes, so check the original for details.
am@hmetro.com.my
Kuala Lumpur: Tiga tahun berlalu sejak dentuman pertama bom MK-84 dan BLU-109 milik tentera Israel mengubah Gaza menjadi hamparan kemusnahan pada 7 Oktober 2023.
Bagi penduduk Palestin di Semenanjung Gaza, tempoh 1096 hari itu seakan-akan tidak pernah bergerak meninggalkan mereka.
Setiap pagi dimulakan dengan usaha mencari bantuan makanan dan ahli keluarga yang hilang.
Setiap malam ditemani ketakutan terhadap bunyi letupan manakala setiap hari ada nama baharu yang dibunuh tentera Israel.