sukan@hmetro.com.my
Kuching: Pengendali Kuching City FC, Aidil Sharin Sahak menyifatkan keputusan seri sebagai gambaran usaha keras anak buahnya yang menguasai sebahagian besar permainan dan mencipta beberapa peluang untuk mencatat kemenangan.
Beliau berkata, dari segi keseluruhan permainan, Kuching City tampil lebih dominan namun berdepan kesukaran menembusi pertahanan Tampines Rovers yang bertahan secara kompak.
"Secara keseluruhannya, jika melihat kepada perlawanan ini, kami menguasai permainan dengan baik. Saya rasa kami tidak layak untuk kalah dalam perlawanan ini.
"Kami mempunyai beberapa peluang dan kita juga perlu memberikan kredit kepada penjaga gol serta barisan pertahanan Tampines yang beraksi dengan baik untuk menyekat kami," katanya pada sidang media selepas perlawanan.








