saufi@mediaprima.com.my

Kuala Lumpur: Belanjawan 2027 yang akan dibentangkan di Dewan Rakyat esok diharapkan turut memberi khabar gembira kepada golongan B40 menerusi pengumuman skim khas kemudahan mikro kredit bagi mengelak rakyat terjebak dengan ceti haram.

Dengan adanya inisiatif itu, ia dapat membantu golongan berpendapatan rendah untuk membuat pinjaman tanpa perlu menjadikan along sebagai alternatif yang akhirnya memberi kesan kepada kehidupan dan keluarga.

Pengarah Biro Aduan dan Banteras Ceti Haram (BANTERAS) Pertubuhan Nadi Jiwa Islam Malaysia, Azman Kang Abdullah berkata, ia secara tidak langsung dapat membantu pihak berkuasa menangani isu along yang tidak berkesudahan sejak berpuluh tahun lalu.