KUCHING – Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak dijangka dibubarkan pada November depan atau dua minggu selepas Belanjawan Sarawak 2027 diluluskan.

Menteri Pelancongan, Industri Kreatif dan Seni Persembahan Sarawak, Datuk Seri Abdul Karim Rahman Hamzah berkata, belanjawan itu bakal dibentangkan pada persidangan DUN Sarawak akan datang.

Katanya, kerajaan negeri juga tidak akan membiarkan DUN Sarawak terbubar sendiri pada Februari 2027 apabila mandat berakhir.

“Jarang sekali Menteri Besar, Ketua Menteri dan dalam konteks Sarawak, Premier, akan membiarkan DUN terbubar sendiri. Biasanya, mereka akan memohon pembubaran.

“Jadi apabila kita melihat sekarang Oktober dan seterusnya November dan Disember… tinggal berapa bulan lagi, kita perlu adakan pilihan raya tidak lama lagi.