Apa yang berlaku apabila pasangan suami isteri merasakan bahawa kesetiaan tidak lagi bermakna apabila hubungan seksual hanya antara dua individu?
Fenomena swinger atau pertukaran pasangan mungkin masih dianggap asing oleh masyarakat Malaysia, namun perkembangan media sosial, aplikasi komunikasi dan komuniti digital menjadikannya semakin dikenali dan mudah dibincangkan.
Secara umum, swinger merujuk kepada pasangan yang bersetuju melibatkan individu lain dalam hubungan seksual atau bertukar pasangan. Namun, isu ini tidak wajar dilihat hanya dari sudut seksual atau moral.
Di sebalik tingkah laku tersebut, terdapat manusia dengan emosi, keinginan, konflik rumah tangga, pencarian pengalaman baharu, pengaruh rakan, tekanan pasangan dan kemungkinan kekosongan jiwa.








