Bangkok: Kira-kira 2,000 ekor babi lemas selepas banjir kilat melanda sebuah ladang besar di Prachin Buri, Thailand, menyebabkan lebih 50 kakitangan dan jentera berat dikerahkan bagi mengalihkan serta menanam bangkai haiwan berkenaan, lapor Thaiger. 

Ketua Pengarah Jabatan Pembangunan Ternakan, Chaiwat Yothakhol berkata, pada 6 Oktober, kelmarin, banjir itu menjejaskan sebuah ladang khinzir besar di daerah Mueang Prachin Buri.

Menurutnya, pegawai terlebih dahulu memindahkan babi yang terselamat dari kawasan dilanda banjir sebelum memulakan operasi mengalihkan bangkai, namun paras air yang tinggi menyukarkan akses ke ladang berkenaan.

"Sebanyak 50 bangkai dibawa untuk ditanam, manakala kira-kira 1,400 ekor lagi ditanam pada 6 Oktober.