KUALA LUMPUR: Malaysia Rail Link Sdn Bhd (MRL) menyasarkan jualan tiket Laluan Rel Pantai Timur (ECRL) bermula November ini, dengan kadar tambang dijangka diumumkan sebaik mendapat kelulusan kerajaan.
Ketua Pegawai Eksekutif MRL, Datuk Seri Darwis Abdul Razak, berkata penetapan kadar tambang ketika ini masih di peringkat pertimbangan kerajaan dan keputusan mengenainya dijangka diperoleh dalam masa terdekat.
Beliau berkata, MRL berharap keputusan berhubung kadar tambang dapat dibuat bulan ini bagi membolehkan penjualan tiket dimulakan pada November, menjelang sasaran operasi komersil ECRL pada pertengahan Disember ini.
"Harga tiket akan diumumkan oleh Kementerian Pengangkutan. Perkara ini masih di peringkat kabinet dan dalam masa terdekat, kabinet akan memutuskan harga ini.










