KUALA LUMPUR: Malaysia Rail Link Sdn Bhd (MRL) menyasarkan pengumuman harga tiket bagi operasi komersial Laluan Rel Pantai Timur (ECRL) dibuat pada bulan ini dengan jualan tiket dibuka pada November.
Ketua Pegawai Eksekutif MRL, Darwis Abdul Razak, berkata pengumuman itu dijangka dibuat Kementerian Pengangkutan dengan jangkaan operasi komersial ECRL bermula pada pertengahan Disember 2026.
“Kita menjangkakan harga tiket yang dinamik dan mampu milik, iaitu lebih rendah berbanding harga kapal terbang dan sedikit tinggi daripada bas,” katanya.







