alas.yunos@nst.com.my

Kuala Lumpur: Sebanyak 38 stesen pemantauan kualiti udara di seluruh negara merekodkan bacaan tidak sihat setakat 8.40 pagi hari ini, dengan Segamat di Johor mencatat bacaan tertinggi iaitu 186.

Menurut Sistem Pengurusan Indeks Pencemar Udara (APIMS), baki 30 stesen merekodkan bacaan sederhana, manakala tiada stesen mencatat bacaan dalam kategori baik atau sangat tidak sihat.

Selepas Segamat, Nilai di Negeri Sembilan mencatat bacaan 183, diikuti Seremban (181), Pasir Gudang, Johor (180) dan Kluang, Johor (179).

Larkin di Johor dan Johan Setia di Selangor masing-masing merekodkan bacaan 178, manakala Rompin, Pahang mencatat 174.