mahaizura@mediaprima.com.my

Kuala Lumpur: Malaysia kekal menduduki tempat teratas dalam ranking bandar utama paling tercemar di dunia apabila ibu negara merekodkan bacaan Indeks Kualiti Udara (AQI) pada tahap sangat tidak sihat pada pagi hari ini.

Berdasarkan data World Air Quality Ranking yang disiarkan menerusi IQAir secara langsung, Kuala Lumpur merekodkan AQI 207 setakat 9 pagi hari ini.

Bacaan itu meletakkan Kuala Lumpur di kedudukan teratas mengatasi Lahore, Pakistan yang mencatatkan AQI 199 diikuti Kalkota, India dengan AQI 189.

Selain itu, Kinshasa, Republik Demokratik Congo pula pula berada di tangga keempat dengan AQI 183 diikuti New Delhi dan Mumbai masing-masing mencatatkan 182 dan 174.