PETALING JAYA – Singapura mengatasi Kuala Lumpur sebagai bandar utama paling tercemar di dunia selepas merekodkan bacaan Indeks Kualiti Udara (IPU) 211, sekali gus berada dalam kategori sangat tidak sihat.
Berdasarkan bacaan terkini itu, Kuala Lumpur berada di tempat kedua dengan IPU 194.
Kuching, Sarawak turut tersenarai dalam kelompok 10 bandar utama paling tercemar di dunia ketika fenomena jerebu masih melanda beberapa kawasan di Asia Tenggara.
Perkembangan itu menunjukkan tahap pencemaran udara di rantau ini terus berubah-ubah susulan keadaan jerebu yang melanda beberapa negara.
Orang ramai dinasihatkan memantau perkembangan kualiti udara semasa dan mengehadkan aktiviti luar sekiranya keadaan bertambah buruk.- KOSMO! ONLINE








