Tehran: Seorang lelaki yang sedang menunggu hukuman mati, berkahwin dengan teman wanitanya pada malam sebelum kematiannya.
Alireza Sepahi ditangkap ekoran tunjuk perasaan Iran Januari lalu, terselamat daripada hukuman mati secara terbuka Julai selepas mengalami serangan jantung.
Namun pada pagi 5 Oktober, detik yang ditakuti oleh pemuda berusia 25 tahun itu selama berbulan-bulan akhirnya tiba apabila dia dihukum gantung di bandar Isfahan.
Dia berkahwin dengan pasangannya Mahshad Kashani, 22, yang turut dipenjarakan atas tunjuk perasaan berkenaan, dalam satu majlis yang dikendalikan melalui telefon oleh peguam, menurut laporan beberapa kumpulan hak asasi manusia.
Dia dihukum mati di penjara pusat Isfahan bersama seorang lagi lelaki, Alireza Raissi, 21, berhubung tunjuk perasaan di Dataran Alikhani, Isfahan pada 8 Januari, yang menyaksikan empat pegawai polis terkorban, menurut pihak berkuasa.






