am@hmetro.com.my

Kuala Pilah: Dua remaja lelaki yang disyaki terbabit dalam kes kematian seorang pelajar lelaki berusia 14 tahun di sebuah sekolah sukan di daerah ini, tiba di Mahkamah Kuala Pilah, pagi hari ini.

Kedua pelajar berusia 16 tahun itu dijangka didakwa di mahkamah mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan dibaca bersama Seksyen 34 Kanun Keseksaan tiba di mahkamah pada 8.45 pagi.

Semalam, dilaporkan Ketua Polis Negeri Sembilan Datuk Alzafny Ahmad memaklumkan kedua suspek akan didakwa mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang dibaca bersama Seksyen 34 Kanun Keseksaan.

Beliau turut memaklumkan bahawa kertas siasatan sudah dirujuk ke Pejabat Pendakwaan dan arahan diterima untuk mendakwa kedua suspek.