PETALING JAYA: Sebuah kumpulan advokasi perumahan menggesa kerajaan memperluaskan skim sewa beli atau milik (RTO) ke seluruh negara menerusi Belanjawan 2027 bagi membantu rakyat yang mampu membuat bayaran bulanan tetapi sukar mendapatkan pembiayaan bank.
Pusat Sumber Untuk Kemajuan Masyarakat dan Perumahan (REACH) berkata kerajaan juga perlu mewujudkan dana untuk membeli rumah mampu milik yang sesuai bagi skim itu, selain memperluaskan jaminan pembiayaan kepada pembeli yang mampu membayar tetapi tidak memenuhi syarat pinjaman bank konvensional.






