Penganalisis berkata PN bernilai kepada PAS kerana ia menjadi jambatan untuk menghubungkan ke kawasan sebelum ini tiada pengaruh parti itu. (Gambar Facebook)

PETALING JAYA: Platform Perikatan Nasional (PN) mungkin menjadi kunci kepada cita-cita PAS untuk menawan Putrajaya, kata penganalisis politik.

Asrul Hadi Abdullah Sani
Asrul Hadi Abdullah Sani.

Penganalisis Asrul Sani berkata jenama PN boleh membantu PAS melembutkan imej dogmatiknya dan menarik sokongan yang lebih luas, manakala ahli akademik Azmil Tayeb berpendapat ia boleh menjadi jambatan ke kawasan yang masih belum ada pengaruh besar daripada parti itu.

Mereka berkata perkara itu boleh membantu parti Islam tersebut memperoleh pengaruh di kerusi separa bandar, sekali gus membolehkannya berkembang melangkaui kawasan kubu tradisinya.